SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI TINGKATAN 6,
SMK TAMAN DAYA JOHOR BAHRU, JOHOR MALAYSIA

Saturday, July 4, 2009

salam sejahtera

Asalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang mengikuti perkembangan blog ini. Di sini,kami sebagai pelajar yang menyelia isi kandungan blog ini,ingin memohon maaf kerana terpaksa menghentikan blog ini buat sementara waktu untuk memenuhi keperluan pengajian kami di tingkatan 6.HARAP MAKLUM

Wednesday, May 27, 2009

Selamat Hari Guru




Selamat Hari Guru dari kami pelajar 6 Atas Sastera,terima kasih tidak terhingga kami ucapkan atas jasa kalian yang sudi mengajar dan mendidik tanpa mengenal erti jemu.


Terutama sekali Pn Roselina guru kelas kami

terimalah hadiah ikhlas dari kami,tidak lupa juga guru-guru lain,iaitu Pn Zaifah, Pn Noor Izati,Pn Zubaidah, Cik Maizurah, Cik Hafidzah, Cik Nur Hasny, Pn. Fadzlina, Cik Roziah, dan Pn. Anandamala, Pn. Chong

Ucapan Selamat Hari Guru juga kepada Pn. Hajah Azizah bt Mohd. Zaki, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya tidak lupa juga kepada Pn. Mek Azizah, Pn Ang Wee Wee dan Pn Lim Hui Mooi

Pada hari yang sama juga para pelajar tingkatan 6 telah membuat persembahan khas dengan membuat persembahan medley


tidak lupa juga seorang guru kami yang juga telah membuat persembahan pada hari tersebut. Walaupun beliau seorang guru disiplin tugasan beliau tidak menghalang beliau membuat persembahan yang amat istimewa untuk semua pelajar.

Wednesday, April 29, 2009

Lawatan Ke Plaza Angsana



Terima Kasih tidak terhingga kepada pihak Permodalan Nasional Berhad yang telah menjemput kami melawat tapak MSAM 2009 di plaza angsana pada 27 April 2009 dan sudi membiaya seluruh perbelanjaan kami di sana.

Selain itu,terima kasih juga terhadap pihak syarikat Haveafil yang telah menerangkan serba-sedikit perkara berkaitan produk getah di Malaysia

Latihan Kebakaran versi pertama

Tarikh 28 April




Satu kejadian yang tidak di jangka telah berlaku beberapa orang pelajar Tingkatan 6 dari kelas 6 Sastera 2 telah menyerbu seorang anggota Bomba untuk bertanya tentang apa yang ada didalam Trak tersebut.




Tetapi terima kasih kami ucapkan kerana sudi menjawab semua pertanyaan kami,sehingga seorang rakan kami telah berpeluang mencuba topeng oksigen yang selalu di gunakan oleh ahli Bomba.



selain dari topeng gas tersebut. Kami di beritahu bahawa terdapat sebuah alat yang amat berbahaya dan juga menakjubkan kerana alat tersebut akan memotong apa sahaja benda yang sesuai terutama kenderaan yang terlibat dalam kemalangan
Tidak lengkap latihan kebakaran tanpa aksi memadam kebakaran
TERIMA KASIH KEPADA PIHAK ANGGOTA BOMBA

Friday, April 3, 2009

Akan datang di Tingkatan 6

Bermula dari minggu hadapan Karnival Sukan yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar sekolah Taman Daya Johor Bahru. Karnival sukan ini mungkin akan dimulakan pada 20,21,27 dan 28 April 2009. oleh itu kita Tungguuuu.

Tarikh akhir telah dinyatakan iaitu sebelum 13 April

Yarh tarikh keramat 20 April dan 21 April 2009
telah bermula Karnival Sukan versi pertama yang ditunggu-tunggu oleh semua,walaupun penat kami( Quater Master) bertugas terima kasih pada semua yang memberi sokongan dan bantuan

Versi kedua Karnival
Permainan Bola Jaring telah memulakan versi kedua Karnival Sukan pada28 April 2009,Jika mahu di ikutkan jadual sukan futsal yang di dominasi oleh pelajar lelaki terpaksa di bawa ke hari esok (30 April 2009) disebabkan oleh cuaca hujan tidak menentu pada hari Isnin 27 April.

Kepada atlet futsal sila bersedia pada hari esok.
Karnival Sukan akan berakhir pada Hari Sabtu 2 May,berita baiknya semua atlet pada hari tersebut berpeluang untuk membeli makanan yang akan di jual oleh ahli-ahli Persatuan Tingkatan 6 (PERTINA)

Thursday, March 19, 2009

wajah-wajah pemimpin




Wajah-wajah bakal pemimpin dari tingkatan 6
pada 14 hingga 15 Mac ,seramai 38 orang pelajar Tingkatan 6 ,melalui kelab Pertina iaitu persatuan tingkatan enam dan pengawas.Telah menyertai Khusus Kepimpinan dan Qiamulail. Khusus ini dikendalikan oleh Krjjohor,program ini di beri nama Keindahan Bersama Mu atau KBM.

Selepas berakhirnya khusus ini di harap semua yang terlibat akan mendapat manfaat yang sepatutnya sebagai seorang pemimpin akan datang

Saturday, March 7, 2009

Tugasan Luar


Pada 20 hingga 22 februari 2009. Kami Quarter Master (QM) telah berjaya melaksanakan tugas di Komleks Nusa Mutiara dalam kejohanan Akuatik MSSD.Kejohanan tersebut adalah tugasan luar kali pertama bagi kami. Oleh itu,kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap yang terlibat membantu kami dalam kejohanan tersebut. Terutama sekali, Cik Hafidzah Haji Nasir,guru penasihat kami serta guru-guru lain iaitu En Syukri,En Hairulnizam,Cik Rahayu dan semua yang namanya tidak dapat saya nyatakan disini.Terima Kasih Sekali Lagi Harap Kita Akan Bersua Kembali.